Selasa, 1 Disember 2015 | 8:43am

Ronaldo, Messi, Neymar disenarai pendek


(DARI kiri) Neymar, Cristiano Ronaldo dan Messi. - Foto AFP

ZURICH: Gandingan penyerang Barcelona, Lionell Messi dan Neymar dalam senarai pendek bagi pencalonan merebut Anugerah Pemain Tahunan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) atau Ballon d'Or bagi tahun ini.

Turut disenaraikan dalam tiga calon terbaik itu yang diumumkan di sini, malam tadi ialah bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

Ronaldo sudah pun memenangi anugerah itu dua kali termasuk tahun lalu, manakala Messi memenanginya empat kali .

Neymar yang juga bintang Brazil dicalonkan buat pertama kali. - AFP

Berita Harian X