Isnin, 30 November 2015 | 2:39pm

Banjir: ATM kerah ribuan pegawai, anggota, aset


MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan isteri, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah (dua dari kanan) menuju ke Stadium Mindef bagi merasmikan Hari Keluarga Kementerian Pertahanan 201. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menggerakkan 1,572 pegawai dan 27,071 anggota lain pangkat untuk menghadapi bencana banjir, hujung tahun ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata turut digerakkan 1,487 aset termasuk 358 bot, 852 trak tiga tan, 25 trak tujuh tan, 118 ambulans, satu pesawat C130 dan sebuah pesawat CN 235.

"Selain itu, sembilan helikopter, 12 kapal laut, dan lapan bot tempur TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) CB90," katanya pada sidang media selepas taklimat persiapan banjir Kementerian Pertahanan, di sini sebentar tadi.

Berita Harian X