Isnin, 30 November 2015 | 11:47am

Yus Jambu akan dikebumikan di Perlis


ALLAHYARHAM Yus Jambu.

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi mengesahkan jenazah pelakon dan pelawak terkenal, Yussry Eddo atau lebih dikenali dengan Yus Jambu akan dikebumikan di kampung halamannya di Perlis, hari ini.

Yus Jambu meninggal dunia kira-kira jam 1 pagi tadi di Hospital Selayang dipercayai akibat serangan jantung.

Allahyarham, 39, dikejarkan ke hospital berkenaan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Selayang sebelum mengadu sesak nafas.

Beliau sebelum itu, mengadakan persembahan program Raja Band di Dataran Merdeka, malam tadi.

"Allahyarham Yus Jambu akan dikebumikan di kampung halamannya di Tanah Perkuburan Kampung Nesam, Batu Pahat, Kangar Perlis, hari ini," kata Zed Zaidi ketika dihubungi Bernama hari ini. - BERNAMA

Berita Harian X