Sabtu, 28 November 2015 | 12:04pm

Polis sukarelawan maut kereta tersepit di bawah lori


KEADAAN kereta konstabel polis sukarelawan, Muhammad Rizal Ramly yang tersepit di bawah lori tangki di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan, Kuantan, pagi tadi. Mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, meninggal dunia di tempat kejadian. - Foto BH

KUANTAN: Seorang anggota pasukan sukarelawan polis (PVR) maut selepas kereta dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori tangki di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan, dekat sini, pagi tadi.

Mangsa, Konstabel Muhammad Rizal Ramly, 37, maut di tempat kejadian akibat tersepit dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi.

Difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai juruteknik dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas bertugas di Balai Polis Beserah sejak malam tadi.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.

Berita Harian X