Khamis, 29 Ogos 2019 | 7:35pm
PENOLONG Pengurus Pemasaran Marrybrown, Kutyati Isnadi (enam dari kanan) mengedarkan pek nasi lemak ayam MB istimewa kepada editorial BH di Balai Berita, Kuala Lumpur, hari ini. Hadir sama Pengarang Bersekutu, Berita dan Digital BH, Zainuddin Isa (tengah) serta Pengarang Komersial dan Ehwal Semasa BH, Salina Abdullah (enam dari kanan). - Foto Nurul Syazana Rose Razman

Nasi lemak Marrybrown simbol sajian perpaduan kaum

KUALA LUMPUR: Hidangan tradisional nasi lemak antara sajian popular yang dinikmati masyarakat berbilang kaum, dilihat sebagai menu menyatupadukan kaum.

Sejajar usaha menggalakkan suasana harmoni sempena bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia 16 September ini, pengurusan restoran Marrybrown Sdn Bhd (MB) memperkenalkan menu istimewa ini bersama ayam goreng rangup MB.

Penolong Pengurus Pemasarannya, Kutyati Isnadi, berkata MB masih menggunakan kaedah memasak nasi lemak secara tradisional menggunakan santan segar.

Katanya, bezanya menu ini didatangkan sekali bersama ayam MB goreng rangup disalut rempah istimewa, kacang tanah goreng, ikan bilis, hirisan timun dan sambal merah yang sedap.

“Menu nasi lemak MB antara paling digemari pelanggan, hanya sebungkus nasi lemak, hidangan enak ini memupuk semangat perpaduan kaum apabila semua bangsa boleh duduk semeja menikmatinya.

“Itulah semangat yang hendak dicapai sepanjang masa, tidak hanya tertumpu pada musim kemerdekaan saja,” katanya ketika ditemui ketika mengedarkan 200 pek nasi lemak ayam MB istimewa kepada editorial BH di Balai Berita, di sini hari ini.

Hadir sama Pengarang Bersekutu, Berita dan Digital BH, Zainuddin Isa serta Pengarang Komersial dan Ehwal Semasa BH, Salina Abdullah.

MB jenama tempatan berpangkalan di Johor Bahru, mempunyai 150 cawangan restoran seluruh negara selain beberapa cawangan di Thailand, Singapura, Maldives, Dubai, China, India dan Myanmar.

MB dijangka membuka dua lagi cawangan di Amsterdam; Belanda dan Jepun, selain menjadi menaja sajian untuk atlet sukan Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun tahun depan.

257 dibaca
Berita Harian X