Isnin, 12 Ogos 2019 | 3:35pm
PENGURUS Pembangunan Perniagaan Rakan Kongsi Tut’s Egyptian Eatery, Mohamed Zein untuk Kembara Selera di Tuf’s Egyptian. NSTP/Nurul Shafina Jemenon

Cita rasa menu Mesir kuno

MESIR terkenal dengan tamadunnya sejak ribuan tahun menyimpan khazanah hidangan kuno yang masih terpelihara sehingga kini.

Antaranya makanan popular adalah sup Molokhia yang sudah berusia lebih 2,000 tahun menggunakan daun molokhia terkenal di negara Asia Barat.

Bukan saja enak, sup ini memberikan manfaat dari sudut kesihatan kerana kaya dengan asid folik, beta kerotin, zat besi, kalsium dan 32 vitamin lain.


HAWAISHI Lamb dengan Tuts Dynasty Fries di Tuf’s Egyptian. NSTP/Nurul Shafina Jemenon


KONAFA dengan Nutella (bawah) dan cream (atas) di Tuf’s Egyptian. NSTP/Nurul Shafina Jemenon

Jika ingin menikmati sup istimewa ini dan hidangan Raja Mesir kuno lain, kunjungi Tut’s Egyptian Eatery, terletak di pusat membeli-belah One Utama, Petaling Jaya.

Sup molokhia boleh dimakan begitu saja atau bersama roti bakar sebagai pembuka selera.


MOLOKHIA Soup untuk Kembara Selera di Tuf’s Egyptian. NSTP/Nurul Shafina Jemenon


BIRAM Bamyal Lamb dengan Savory Rice di Tuf’s Egyptian. NSTP/Nurul Shafina Jemenon

Pengurus Tut’s Egyptian Eatery, Mohamed Zein, berkata daun Molokhia dikatakan mampu meningkatkan tenaga batin khususnya kepada golongan lelaki.

Katanya, Molokhia dikatakan daun memiliki kuasa hebat dipercayai baik untuk individu ada tekanan darah tinggi atau sukar tidur.

“Masakan Mesir dan Arab berbeza terutama bahan digunakan dan cara ia dimasak, orang Mesir banyak menggunakan kaedah membakar,” katanya.

Kebanyakan dibawa dari Mesir terutama rempah ratus yang tidak dapat diperoleh di sini.

Hidangan utama lain memikat selera seperti nasi bakar dengan Ayam Herba panggang, stew biram bamya, iaitu daging kambing dengan bendi muda, hawaoshi iaitu sandwic kambing yang dicicah sos lemon dan pudina.

Khoshari seakan nasi ambeng, iaitu nasi dicampur dengan pasta dan kacang dal sebelum digaul dengan bawang goreng dan sos lain.


KOSHARI Mixed Grain Bowl di Tuf’s Egyptian. NSTP/Nurul Shafina Jemenon


FETEER with Feta Cheese dan Belgium Chocolate di Tuf’s Egyptian. NSTP/Nurul Shafina Jemenon

“Khoshari tercipta sejak beribu tahun lalu apabila ibu di Mesir mencampurkan semua makanan tidak habis dimakan dalam satu mangkuk supaya tiada makanan dibuang,” katanya.

Pemanis mulut enak tradisional Mesir, konafa diperbuat daripada pastri berwarna jingga yang bentuknya seakan bihun dilapisi nuttela atau krim vanila dan disirami sirup.

Manisan lain seperti puding, susu dan kacang dihidang bersama ais krim, air kelapa dicampur susu, air bunga raya dan lemonade dengan pudina antara yang minuman menyegarkan disediakan di sini.

Kopi Arab dihidangkan dengan peralatan rebusan kopi yang digunakan oleh wanita Mesir ketika berkumpul sambil berbual.

Info

Tut’s Egyptian Eatery

Lokasi: One Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya

* Wangsa Walk, Setiawangsa.

* Harga : hidangan utama: bermula RM9.90 ke atas

* Waktu operasi: 10 pagi sehingga 10 malam

1009 dibaca
Berita Harian X