Ahad, 19 Mei 2019 | 10:00am
PELBAGAI jenis masakan menanti pengunjung yang ingin berbuka puasa di Restoran Palong Terrace.

Kambing bakar, kuih-muih menu menggiurkan

MASAKAN pelbagai jenis, enak dan harga ditawarkan murah menanti pengunjung terutama umat Islam yang ingin berbuka puasa di Restoran Palong Terrace, The Mines Resort & Golf Club.

Dengan bufet semurah RM78, pengunjung mampu menikmati kambing bakar, sate daging dan ayam, pelbagai jenis lauk pauk selera kampung, ikan bakar serta kuih-muih tradisional.

Sebagai pembuka selera berbuka puasa terhidang buah kurma, buah-buahan tempatan, kuih muih seperti koci, kuih talam, seri muka, buah melaka dan banyak lagi.

Paling enak hirisan daging kambing bakar yang dicicah dengan kuah lada hitam, pasti tidak menghampakan.


KAMBING bakar yang terdapat di Restoran Palong Terrace.

Bagi peminat masakan kampung, daging panggang masak lemak cili padi dan gulai nangka sudah pasti menggiurkan.

Ditambah pula ulam-ulaman sayur kampung berserta sambal belacan dan cencaluk pasti mengiurkan apabila dihidangkan di atas meja.

Begitu juga penggemar sate tidak perlu ke Kajang kerana semuanya boleh didapati di sini dengan enak lagi panas.

Bagi minuman sejuk air tebu, air sirap bandung dan soya pasti menjadi penghilang dahaga selepas seharian berpuasa. Begitu air panas seperti teh tarik, teh O, Nescafe dan kopi pasti menyelerakan.


SATE yang terdapat di Restoran Palong Terrace.

Pencuci mulut pula tersedia pelbagai aneka kuih muih Melayu, kurma dan buah-buahan tempatan yang amat menyelerakan. Jangan lepaskan peluang untuk menikmatinya.

Palong Terrace beroperasi untuk berbuka puasa sejak 9 Mei hingga 2 Jun, mulai jam 7 malam hingga 10 malam.

Sebagai kemudahan untuk ke Palong Terrace pengunjung dinasihatkan menggunakan Gate C bagi mengelakkan kesesakan di laluan utama.

Maklumat lanjut hubungi 03-8943 2288 ext 137 (Palong Terrace) atau 019-600 1577 (Ridzuan) atau layari www.minesgolf.com.my.


PELBAGAI jenis lauk pauk selera kampung yang disediakan di Restoran Palong Terrace.

131 dibaca
Berita Harian X