Isnin, 8 April 2019 | 6:50pm
PEMILIK bersama Positano Restaurant, Muhammad Imran Abdullah (kanan) dan Muhammad Ishak Ahmad menunjukkan antara menu terbaik pilihan pengunjung. - Foto Nurul Syazana Rose Razman.

Restoran Itali jamin produk halal

PELBAGAI menu masakan Itali menekankan aspek Halalan Toyyiban antara tarikan luar biasa yang mencuri hati pelanggan yang bertandang ke restoran Positano Risto @ Publika, Kuala Lumpur.

Ramai sedia maklum, Itali yang memiliki minoriti penduduk Islam tidak mudah mendapatkan hidangan halal, terutama makan asasi mereka seperti piza yang cukup sinonim di negara itu.

Justeru, restoran berkenaan menyediakan hampir seratus peratus menu Itali yang membangkitkan nafsu selera.

‘Croccante all'esterno, morbido dentro’, yang membawa maksud rangup di luar, lembut di dalam, iaitu bahasa Itali yang merujuk kepada kelazatan piza yang terdapat di Positano Risto @ Publika.


ANTARA menu terbaik di Positano Risto @ Publika. - Foto Nurul Syazana Rose Razman.


PIZA Super Supreme Calzone.. - Foto Nurul Syazana Rose Razman.


LAMB Shanks. - Foto Nurul Syazana Rose Razman.

Pemiliknya, Muhammad Imran Abdullah, berkata menu hanya menggunakan bahan yang boleh didapati di negara ini bagi memberi keyakinan pelanggan terhadap status halal.

Katanya, bahan asas membuat piza seperti tomato sos, ayam Turki, pepperoni, keju burrata, mozzarella, cendawan dan pastrami.

“Menu dibahagikan kepada beberapa kategori seperti Viva La Pizza Roma Style Thin Crust, Classics, Pasta & Co, nibbles, salad, sup dan pencuci mulut menghimpun hampir 100 sajian.

“Kami juga menyediakan hidangan dan dekorasi bertaraf lima bintang, tetapi anda hanya perlu membayar pada harga taraf tiga bintang,” katanya.

UTAMAKAN KEBERSIHAN

MENEKANKAN konsep keluarga bersama semua pekerja, restoran menempatkan semua bangsa bekerja di bawah satu bumbung.

Situasi itu, katanya, bertujuan memberi kefahaman berkaitan halal kepada seluruh masyarakat yang mengunjungi restoran itu.


ARANCINI Balls. - Foto Nurul Syazana Rose Razman.


SQUID Ink Spaghetti. - Foto Nurul Syazana Rose Razman.


ANEKA minuman. - Foto Nurul Syazana Rose Razman.

“Tanggungjawab kami menyediakan makanan halal, bersih dan sihat,” katanya yang akan membuka beberapa lagi cawangan, termasuk di kawasan tumpuan pelancong seperti Pavillion Kuala Lumpur.

Selain piza Roma Style Thin Crust Pizzas - Super Supreme Calzone, menu lain seperti lamb shanks, arancini balls, squid ink spaghetti, pastas- whole Boston lobster fettuccine dan pesto chicken linguini.

INFO

POSITANO RISTO @ PUBLIKA

* Lokasi: Block C1, Lot 2, Level G3, Publika Shopping Gallery, Solaris Dutamas

* Restoran mampu memuatkan 120 pelanggan

* Boleh memuatkan 60 pelanggan.

* Menawarkan tempat makan yang selesa.

* Menyediakan tempahan pelbagai termasuk berbuka puasa.

548 dibaca
Berita Harian X