Rabu, 27 March 2019 | 6:20pm
CHEF KU (kiri) bersama Chef Fariz menunjukkan makanan melayu yang terdapat di The Love@Matic. - Foto Muhd Zaaba Zakeria.

Sajian kampung dari 13 negeri di TheLove@MaTiC

BAGI mereka yang bercuti di pusat bandar Kuala Lumpur dan ingin memenuhi selera dengan hidangan masakan kampung, TheLove@MaTiC, di Jalan Ampang, pasti memenuhi selera kerana premis makanan di situ menyajikan 13 jenis hidangan utama mewakili setiap negeri di Malaysia.

Sebelum ini agak sukar mencari masakan kampung mewakili setiap negeri dihidangkan di bawah satu bumbung, namun kini ada pihak mengambil inisiatif menyediakan sajian hebat termasuk manisan pilihan kuih-muih tradisional, khas untuk tetamu tempatan dan pelancong asing.

Cef Eksekutifnya, Ku Jamaluddin Zakaria, berkata pada peringkat permulaan, pihaknya mempromosikan pelbagai menu istimewa mewakili setiap negeri dalam usaha menobatkan sajian kampung sebagai identiti premis makanan berkenaan.

Menu istimewa

Beliau berkata, sebelum ini sajian tradisi hanya dihidangkan pada bufet Ramadan, tetapi kini tidak lagi, semua menu istimewa boleh dinikmati setiap hari.

“Antara masakan kampung yang disajikan termasuk ayam percik mewakili Kelantan. Kuahnya bersantan, tanpa cili dan sesuai bagi mereka yang tak suka makanan pedas.


ANTARA menu makanan melayu yang terdapat di The Love@Matic. - Foto Muhd Zaaba Zakeria.


ANTARA menu makanan melayu yang terdapat di The Love@Matic. - Foto Muhd Zaaba Zakeria.

“Lebih istimewa, ayamnya diperap semalaman dengan pelbagai ramuan asli, lalu dibakar bersama kuah santan, maka terhasillah aroma yang pasti membuka selera.

“Menariknya, harga makanan ditawarkan berpatutan selain lokasi restoran yang strategik. Sambil makan, pengunjung boleh menikmati panorama keindahan Menara Berkembar PETRONAS (KLCC) yang menjadi ikon negara di pentas antarabangsa,” katanya.


ORANG ramai menikmati hidangan masakan melayu di The Love@Matic. - Foto Muhd Zaaba Zakeria.


ORANG ramai menikmati hidangan masakan melayu di The Love@Matic. - Foto Muhd Zaaba Zakeria.

Promosi istimewa berlangsung sepanjang tahun antaranya set kari kepala ikan untuk hidangan empat orang dengan harga bermula RM100 (bersih).

Hidangan dilengkapi ayam goreng kunyit, telur dadar, kerabu harian, ulam-ulaman, sambal belacan, papadom dan minuman kordial.


ANTARA menu makanan melayu yang terdapat di The Love@Matic. - Foto Muhd Zaaba Zakeria.

INFO

TheLove@MaTiC

* Terletak bersebelahan bangunan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur

* Set bufet minum petang mulai jam 4 hingga 6.30 petang

* Harga bermula RM15 (bersih) seorang

* Harga seketul ayam daun kadok - RM5

349 dibaca
Berita Harian X