Isnin, 18 March 2019 | 1:04pm
Joyce Cheng (kiri) bersama ibunya, Irene Then menunjukkan sebahagian menu yang terdapat di restoran Kakatoo. - Foto Eizairi Shamsudin

Ramuan tradisional, moden kekalkan kelazatan sajian Nyonya

Masakan Melayu seperti rendang tok, kari kepala ikan, nasi kerabu, asam pedas mahupun kuih-muih tradisional antara hidangan popular dan boleh diterima pelbagai bangsa.

Hidangan berkenaan juga antara sebahagian daripada menu masakan tradisional masyarakat Nyonya yang memiliki banyak persamaan dalam semua aspek antaranya rasa, pembuatan, bahan dan khasiatnya.

Jika dilihat kebanyakan restoran yang menyediakan masakan tradisional ini memang kurang dikunjungi generasi muda yang lebih terdedah dengan restoran dengan masakan dan dekorasi gaya hipster atau urban.

Tradisional makanan nyonya

Menyedari masih ramai meminati sajian berkenaan, restoran Kakatoo, di Ativo Plaza, Damansara Avenue, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya, melengkapi permintaan terkini, menyediakan makanan tradisional Nyonya dengan gabungan menu daripada bahan terkini.

Pengarah Urusannya, Joyce Cheng, berkata sejak pembukaan cawangan pertamanya pada 2012, beliau mengharapkan makanan tradisional itu tidak dipinggirkan generasi muda kerana mereka lebih terdedah kepada sajian moden.

ANTARA menu yang terdapat di restoran Kakatoo. - Foto Eizairi Shamsudin

“Kami menyediakan lebih 70 menu makanan tradisional dan moden. Menarik setiap makanan tradisional Nyonya digabungkan dengan bahan pembuatan moden yang lebih menyerlahkan gaya persembahan makanan itu, namun tidak meminggirkan kualiti rasa asli turun-temurun.

“Masakan Nyonya Kampung Nasi Kerabu menggabungkan pelbagai lauk dan sayur tambahan dengan dengan hiasan pelbagai warna diatasnya bagi menarikkan seri makanan itu.

“Menu Makcik Nyonya iaitu hidangan fish & chip yang digabungkan dengan bamboo charcoal crepe ditambah kerabu mangga. Semua menu kombinasi makanan tradisional dan moden yang menepati cita rasa,” katanya kakatoo itu adalah permainan warna-warni yang dekat dengan masyarakat nyonya.

Menu lain seperti rendang tok, curry kapitan grouper fish head, asam pedas ming prawn, two style kailan dan kuih-muih.

INFO

Restoran Kakatoo

* Lokasi : Ativo Plaza, Damansara Avenue, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya,

* 70 menu makanan

* 30 jenis minuman termasuk menu pencuci mulut.

* Disediakan lima cef berpengalaman

* Dibantu 15 pekerja setiap hari.

Berita Harian X