Selasa, 21 Ogos 2018 | 6:30pm
DAGING wagyu Australia dipanggang separuh masak.

Lembu wagyu, kambing gulung Australia lebih enak dan menyelerakan

DAGING lembu wagyu yang dipanggang separuh masak adalah antara pilihan pelanggan, sajian sebegini lebih lazat dengan nikmat jus daging itu sendiri yang sudah sememangnya empuk.

Hidangan istimewa pilihan daging wagyu Darling Downs Wagyu Striploin ini menghasilkan stik lembut boleh didapati di semua rangkaian restoran makanan barat NY Steak Shack sekitar Lembah Klang antaranya di pusat beli belah, Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur.

Sempena sambutan kemerdekaan sehingga 31 Ogos ini, pelanggan berpeluang menikmati hidangan daging kambing yang dihidang pada piring sizzling yang pastinya cukup membangkitkan selera.

Daging dari bahagian bahu kambing tanpa tulang digulung berbentuk noisette ini dipanggang bersama jagung dan bawang besar. Sajian istimewa disajikan bersama kebab isi ayam (cevapi) dan kentang putar.

Sos lada hitam disiram di atas daging, membangkitkan selera sajian sizzling, meruapkan aroma membangkit selera. Set Lamb Noisette dan Chicken Cevapi ini boleh didapati pada harga RM48.02. Pilihan lain, Lamb Noisette, tiga daging kambing dari bahagian pinggang berharga RM51.79.

Variasikan selera dengan udang, Lamb Noisette & Garlic Shrimps pada harga RM49.91 atau Lamb Noisette & Smoke Beef iaitu kambing dengan daging salai pada harga RM48.02.

Basahkan tekak dengan pilihan minuman susu kocak berperisa brownies, red velvet dan oreo. Tiga pilihan moktail menyegarkan, orange breeze, perfect mix, minty lime dan lemonade zest.

Berita Harian X