Ahad, 3 November 2019 | 10:30am
ANTARA pengunjung yang menerokai Festival Ketakutan Nights of Fright 7 (NOF7) serta tarikan jualan yang menampilkan elemen seram berdarah sempena acara itu.

Pengalaman mendebarkan jumpa pocong

BERUBAH habis taman tema keluarga Sunway Lagoon apabila sebahagian besar sudut dibuka pada waktu malam dengan berpuluh hingga beratus lembaga mengerikan menjelma, sekali gus membangkitkan suasana seram.

Dengan desir angin menyapa lembut pada wajah, kabus malam kelihatan samar-samar membuatkan pencahayaan menjadi suram, dengan bau kemenyan dibakar membuatkan bulu roma meremang apabila setiap langkah kaki memasuki taman tema itu disaji figura mengerikan.

Antara rasa cemas 'diterjah' kelibat hantu secara tiba-tiba, keinginan tetap menebal untuk merasai sendiri kejutan dan cabaran menjejaki setiap rumah hantu kerana ketika ini adalah masa tepat menempuhi cabaran Nights of Fright 7 (NOF7).

Sebenarnya NOF7 adalah festival ketakutan dianjurkan taman tema itu yang mempunyai kelompok peminat tersendiri yang sanggup menunggu berjam lamanya semata-mata mahu memasuki sembilan tarikan utama rumah hantu.

ANTARA pengunjung yang menerokai Festival Ketakutan Nights of Fright 7 (NOF7) serta tarikan jualan yang menampilkan elemen seram berdarah sempena acara itu.

ANTARA pengunjung yang menerokai Festival Ketakutan Nights of Fright 7 (NOF7) serta tarikan jualan yang menampilkan elemen seram berdarah sempena acara itu.

Disapa 'hantu' berkeliaran sememangnya mengundang debar apabila perjalanan diganggu jelmaan badut menakutkan, pemotong daging manusia berwajah tragis mahupun hantu rahib wanita seperti dalam filem seram The Nun, membuatkan sesiapa menjerit ketakutan.

Rasa cemas itu berganda apabila jurupandu kumpulan membawa penulis dan sembilan rakan lain memasuki lapan daripada tarikan menyeramkan menggunakan pas akses ekspres, dengan dimulakan pengembaraan ke Blood.Shed.

Sepanjang perjalanan kiri kanan depan belakang dikejutkan dengan hantu berjejeran darah, tidak sempurna jasad. Ketika ini, jantung berdetak laju kerana langkah terasa begitu lambat kerana masing-masing memegang rantai kunci dan berada dalam barisan panjang.

Ketika inilah lembaga menakutkan begitu hampir dengan wajah, mata terbeliak membuatkan masing-masing menjerit dek terkejut tetapi tidak dapat lari daripada gangguan ruang dalam ruang rumah hantu sempit, berliku dan terlalu banyak kejutan hantu tidak dijangka.

ANTARA pengunjung yang menerokai Festival Ketakutan Nights of Fright 7 (NOF7) serta tarikan jualan yang menampilkan elemen seram berdarah sempena acara itu.

ANTARA pengunjung yang menerokai Festival Ketakutan Nights of Fright 7 (NOF7) serta tarikan jualan yang menampilkan elemen seram berdarah sempena acara itu.

ANTARA pengunjung yang menerokai Festival Ketakutan Nights of Fright 7 (NOF7) serta tarikan jualan yang menampilkan elemen seram berdarah sempena acara itu.

Selain Blood Shed, kami menyaksikan pelbagai ragam kelibat menyeramkan tatkala melewati The Plague, Hotel dEVILe dan House of Voodoo Selain berada dalam panggung cerita seram berjudul Bomoh.

Genre hantu Barat banyak dipertontonkan kepada khalayak yang sememangnya lemah semangat, trauma pada kegelapan atau sering dibayangi ketakutan pada imej seram.

Paling menakutkan apabila kira-kira 30 hingga 50 pengunjung memasuki panggung teater, dengan masing-masing mengambil tempat di bangku kayu menggamit nostalgia silam menonton wayang dahulu kala.

Dengan menceritakan mengenai bomoh, karektor lakonan anak tempatan itu membangkitkan perasaan cemas apabila ada figura kecil merangkak laju antara barisan tengah penonton tatkala kelibat pocong melompat dari satu sudut ke satu sudut lain turut mencetuskan panik selain kelibat pontianak berambut hitam panjang dari tingkap di tingkat atas mampu membuatkan pengunjung menjerit ketakutan.

Misalnya, tahun ini adalah edisi ketujuh festival itu diadakan sebagai acara tahunan di Sunway Lagoon rentetan enam edisi sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan.

Festival ketakutan yang hanya ada Jumaat, Sabtu dan Ahad hingga November ini bagaimanapun hanya untuk mereka berusia 13 tahun ke atas, membawakan tarikan lapan rumah hantu, satu teater berhantu, dua zon seram, 11 permainan menyeramkan serta dua pentas utama untuk pertunjukan seram.

NOF7 turut menyajikan karektor seram jerung iaitu Sharknado Alive, studio Hollywood Asylum memaparkan komedi seram hantu, doktor misteri yang melakukan ratusan pembunuhan ngeri dan banyak lagi.

Hantu yang berkeliaran dengan tatarias di muka dan pakaian yang menakutkan juga akan membuatkan pengunjung bagai berada di dalam dunia hantu.

Pengurus Besar Sunway Lagoon, Sean Choo berkata NOF7 adalah acara utama yang sering ditunggu-tunggu saban tahun kerana ia benar-benar membawa tarikan tersendiri.

“Untuk tahun ini, kami menampilkan tarikan baru dengan tahap ketakutan yang sangat berbeza untuk semua dan kami jamin, tiada pengunjung yang akan pulang tanpa menjerit,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif The Sudden Impact! Entertaiment Company, Lynton V Harris berkata, pasukannya menyuntik peristiwa dan mitos benar yang diilhamkan oleh cerita seram Asia untuk mewujudkan pendekatan menarik.

Berita Harian X