Ahad, 19 Mei 2019 | 10:30am
Keunikan seni bina memukau pandangan bagaikan berada di Maghribi. - NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor

Tenang di Astaka Morroco

BAGI mereka yang pernah melancong ke Maghribi, pasti sukar hendak melupakan keindahan seni bina bangunannya yang pernah kreatif.

Di tambah pula, dinding bangunannya penuh tertulis dengan khat ayat suci al-Quran pastinya kita begitu asyik membacanya satu persatu.

Bagi mereka yang tidak berkesempatan ke Maghribi, masih boleh melihatnya dengan mengunjungi Astaka Morocco yang terletak di Taman Botani Putrajaya.

Seni bina replika Astana Morocco itu serupa yang terdapat di Marrakesh. Dibina atas pertukaran budaya antara Malaysia dan Maghribi.

Melepasi pintu gerbangnya, pengunjung disambut dengan keindahan air pancut yang begitu menenangkan dan sejuk mata memandang.


Astaka Marocco di Taman Botani Putrajaya. - NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor

Astaka Marocco di Taman Botani Putrajaya. - NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor

Menyentuh dindingnya, kelihatan timbul khat ayat suci al-Quran, malah beberapa kreativiti lain bermotifkan tumbuh-tumbuhan.

Susunan mozek corak geometri yang berwarna-warni dan ukiran ayat al-Quran dan nama Allah melatari seni bina di sini. Memang memukau pandangan.

Difahamkan astana ini mengambil masa dua tahun pembinaannya. Paling menarik semua bahan binaan termasuk simen dan kapur khas, marmar atau jubin didatangkan khas dari Maghribi.

Termasuk pekerja untuk membinanya juga datang dari negara Afrika Utara itu, bagi memastikan keaslian seni binanya.

Bukan sahaja pintu gerbang dan dinding dipenuhi ukiran menarik, malah daun pintu diukir indah.

Di setiap pintu bilik pameran mewakili lapan bandar atau kota di Maghribi seperti Fez, Rabat, Essaouira, Rif Atlas, Marrakesh dan Meknes.

Dilengkapi perabot, permaidani, barang perhiasan, lukisan, pasu dan senjata menggambarkan kreativiti penduduknya.


Astaka Marocco di Taman Botani Putrajaya. - NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor

Astaka Marocco di Taman Botani Putrajaya. - NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor

Bahagian luar taman pula dihiasi pelbagai bunga tropika dan untuk menampak ia seolah-olah bangunan padang pasir, terdapat puluhan pokok kurma serta kektus.

Keindahannya, membuatkan pengunjung tidak akan melepaskan peluang untuk mengabadikan foto sebagai kenang-kenangan. Malah sesuai untuk dijadikan lokasi penggambaran filem, iklan atau sesi fotografi perkahwinan.

Bergambar di perkarangan luar adalah percuma, namun untuk memasuki astana berkenaan dikenakan bayaran.

Lantas bagi orang tempatan yang belum berpeluang berkunjung ke Maghribi pasti akan teruja dan dapat merasai pengalaman seperti berada di negara terbabit tanpa berbelanja mahal.

Lazimnya, Astaka Morocco menjadi antara lokasi yang wajib dikunjungi dan daya tarikan penduduk di kawasan persekitaran, selain dari negeri lain dan pelancong asing.


Astaka Marocco di Taman Botani Putrajaya. - NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor

Astaka Marocco di Taman Botani Putrajaya. - NSTP/Ahmad Irham Mohd Noor

Disebabkan keadaan persekitaran dan bangunan seni bina unik menjadikan lokasi ini dibuka untuk mereka mahu membuat penggambaran dengan menghubungi pihak pengurusan.

Tidak rugi menghabiskan masa di kawasan itu kerana ia juga menyediakan pelbagai tarikan lain lain, selain melihat bangunan pentadbiran dan kementerian pelbagai reka bentuk, selain Taman Wetlands untuk beriadah

INFO Astana Morocco

• Terletak di Taman Botani, Persint 1, Putrajaya

• Replika Astana Morocco serupa yang terdapat di Marrakesh.

• Bayaran RM3 bagi dewasa, RM1 untuk kanak-kanak atau pelajar.

844 dibaca
Berita Harian X