Jumaat, 14 Disember 2018 | 12:28pm
LEO tampil tema kerjasama, gamit kehadiran penggunjung.
PEMAIN boneka Jessica (kanan) sekali. Dari kiri, Shane Adamzak, Champbell dan Kylie. Foto: Desaru Coast Riverside.

Karakter Leo sambut tetamu di Desaru Coast lakeside

Boneka kebiasaannya menjadi kegemaran kanak-kanak tetapi bayangkan anda sekeluarga atau teman bermain dengan boneka gergasi bernama Leo ini.

Leo setinggi empat meter diperbuat daripada tali lutsinar yang dianyam dengan memerlukan 12 orang untuk menggerakkan anggotanya.

Anda sekeluarga boleh merasai pengalaman istimewa bermain dengan Leo di Desaru Coast Lakeside sehingga Ahad ini di String Symphony Puppet berhampiran taman tema air.

Leo diterbangkan khas dari Australia oleh Spare Parts Puppet sejak 30 November lalu untuk memberikan pengalaman unik kepada pengunjung di lokasi tumpuan pelancong itu.

Pengunjung boleh menggerakkan Leo menggunakan tali sama ada untuk menari atau melompat disertai muzik dan cahaya dengan panduan empat pemain boneka terlatih, Jessica Harlond-Kenny, Campbell PollockShane Adamzak dan Kylie bywaters.

Pengarah gerakan boneka, Jessica berkata, permainan itu bukan saja menyeronokkan tetapi menyampaikan mesej mengenai makna kerjasama.

"Kami mengambil masa tiga bulan untuk menganyam Leo dengan tali lutsinar sepanjang satu kilometer.

"Sambutan hangat orang ramai mendorong kami menghasilkan satu lagi Leo, yang kini ada di Melbourne," katanya.

Spare Parts Puppet Theatre adalah syarikat boneka pertama di Australia yang ditubuhkan sejak 1981. Penubuhan bermatlamat meraikan kemanusiaan selain menghubungkan penonton dari seluruh dunia.

Info
*Lokasi: Desaru Coast Riverside

*Waktu:5pm & 8pm setiap Hari.

139 dibaca
Berita Harian X