Isnin, 29 Oktober 2018 | 9:01am

Maldives, mampukah anda?

MASIH mencari destinasi percutian impian? Apa kata kali ini pilih Maldives yang digelar syurga dunia oleh pelancong yang gemar aktiviti pantai dan menyelam kerana kecantikan pantai, laut serta keunikan hidupan dasar lautnya.

Ada keraguan dan persoalan mampukah bercuti ke Maldives? Bimbang kos penginapan mencecah puluhan ribu ringgit untuk satu malam gara-gara cerita dan gambar-gambar penginapan beberapa selebriti tempatan yang melancong ke Maldives?

Kini terdapat pakej pelancongan yang menawarkan penginapan bertaraf tiga bintang untuk 4 Hari 3 Malam termasuk sarapan pagi, pengangkutan dari lapangan terbang serta berpeluang melihat ikan lumba-lumba, melawat “sandbank”, menyelam dan berkelah di “sandbank” dengan hanya RM715 seorang untuk bilik bertiga.

Amat berbaloi dan sesuai untuk anda yang mahu berjimat serta mempunyai bajet terhad. Harga ini tidak termasuk kos tiket penerbangan ke Maldives.

Atau pakej bulan madu serendah RM710 seorang untuk 4 hari 3 malam.

Pengalaman mewah menginap 1 malam di bilik atas air (Water Bungalow) dan 2 malam lagi di hotel bertaraf 3 bintang dengan hanya RM1,990 seorang.

Semuanya dengan pakej mampu milik yang ditawarkan Raha Legacy Holidays Sdn Bhd.

Bak kata pepatah ‘tak kenal maka tak cinta’, jom kita kenali destinasi idaman ramai ini.

Fakta menarik mengenai Maldives

• Terletak di Lautan Hindi dan di selatan barat daya Sri Lanka dan India.

• Negara Republik yang mempunyai 1,190 pulau dan anggaran penduduk 427,756 (tahun 2016).

• Islam agama rasmi Maldives dan bahasa rasmi Dhivehi tetapi rata-rata rakyatnya boleh berbahasa Inggeris.

• Perjalanan hanya mengambil masa 4 jam 20 minit bagi penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Maldives dengan Air Asia!

• Salah satu keunikan di Maldives adalah “Sandbank” iaitu timbunan pasir yang timbul di tengah laut disebabkan paras air laut yang rendah atau surut (Seperti gambar).

• Aktiviti melihat ikan lumba-lumba memang tidak boleh dilepaskan. Bukan itu saja, pelbagai jenis hidupan laut yang boleh dilihat di pesisir pantai seperti Yu dan pari.

• Pemancing tegar wajib ke Maldives!

Untuk maklumat lanjut, layari www.rahaholidays.com atau hubungi Raha Legacy Holidays Sdn Bhd di talian 03-55239896. Juga boleh ikuti platform media sosial di Facebook: Raha Legacy Holidays, Instagram: Raha Holidays atau boleh berhubung terus menggunakan aplikasi whatsapp di 019-6062986.​

62 dibaca
Berita Harian X