Ahad, 23 Disember 2018 | 10:30am
Footgolf menjadi sukan terbaharu bagi semua orang untuk mengambil bahagian. - NSTP/Rosdan Wahid
Footgolf acara sukan yang menggabungkan kedua-dua permainan golf dan bola sepak dengan peraturan ala golf. - NSTP/Rosdan Wahid

Footgolf uji kemampuan

SUKAN footgolf iaitu gabungan bola sepak dan golf menjadikan aktiviti yang menyeronokkan, selain boleh disertai oleh pelbagai peringkat usia.

Pulai Spring Resort di Johor Bahru, menjadi lokasi pertama di Johor yang mewujudkan sukan footgolf dengan orang ramai berpeluang mengalami dan menguji 9 lubang footgolf di padang golf.

Pulai Spring Resort di Johor Bahru, menjadi lokasi pertama di Johor yang mewujudkan sukan footgolf. - Ihsan Pulai Spring Resort

Footgolf adalah sukan yang berkembang sejak sedekad lalu di seluruh dunia dan menjadi sukan terbaharu bagi semua orang untuk mengambil bahagian.

Sukan itu menjadi acara sukan yang menggabungkan kedua-dua permainan golf dan bola sepak dengan peraturan ala golf.

Pemain mengambil giliran untuk menendang bola sepak saiz lima ke dalam cawan atau dikenali sebagai lubang yang berukuran 21 inci dan pemain yang melengkapkan permainan dengan tendangan bola paling sedikit akan diumumkan sebagai pemenang.

Jeffrey Cottam (kanan) bersama Jason Winter bermain footgolf di Pusat Golf Bukit Jelutong. - NSTP/Rosdan Wahid

Footgolf boleh disertai oleh pelbagai peringkat usia. - NSTP/Rosdan Wahid

Dengan pelancaran footgolf di Pulai Spring Resort itu, ia menjadi padang footgolf kedua di negara ini selepas padang footgolf yang pertama terletak di Pusat Golf Bukit Jelutong di Shah Alam, Selangor.

Rasai pengalaman bermain Footgolf

Pengurus Besar Pulai Spring Resort, Sunny Soo, berkata pihaknya teruja dan bangga kerana dapat melancarkan padang footgolf pertama di selatan Semenanjung.

Pengurus Besar Pulai Spring Resort, Sunny Soo (kanan) bersama Pengarah Urusan Footgolf Malaysia, Jason Winter. - Ihsan Pulai Spring Resort

"Keindahan sukan ini ialah sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian dan berseronok. Anda tidak semestinya perlu mempunyai pengalaman golf kerana semua orang layak bermain footgolf selagi anda boleh menendang bola," katanya.

Soo berkata, kos untuk bermain footgolf juga lebih murah iaitu bagi satu pusingan sembilan lubang, setiap pemain hanya dikenakan bayaran antara RM20 hingga RM30, manakala bagi 18 lubang pulang dikenakan bayaran RM30 hingga RM45 seorang.

Jeffrey Cottam (kanan) bersama Jason Winter bermain footgolf di Pusat Golf Bukit Jelutong. - NSTP/Rosdan Wahid

Pemain menendang bola sepak saiz lima ke dalam cawan atau dikenali sebagai lubang yang berukuran 21 inci. - NSTP/Rosdan Wahid

Padang footgolf yang pertama terletak di Pusat Golf Bukit Jelutong di Shah Alam, Selangor. - NSTP/Rosdan Wahid

Sementara itu, Pengarah Urusan Footgolf Malaysia, Jason Winter, berkata footgolf menjadi sukan yang menyeronokkan dan sesuai untuk semua peringkat usia.

"Ini adalah inisiatif baharu yang hebat iaitu penggabungan bola sepak dan golf serta sukan yang menyeronokkan bagi semua lapisan masyarakat. Ia sesuai dengan penggalakkan amalan gaya hidup sihat.

"Permainan ini mempunyai peraturan yang sama seperti golf dan hampir semua orang boleh bermain, sama ada orang dewasa atau kanak-kanak. Anda tidak akan kehilangan bola, anda tidak memerlukan peralatan mahal dan anda tidak memerlukan latihan," katanya.

Berita Harian X