Ahad, 12 Mei 2019 | 10:30am
PENJELAJAHAN dan percutian mewah menaiki kapal pelayaran/persiaran berstatus elit, Genting Dream oleh Genting Cruise Lines, POTO Travel & Tours dan Singapore Tourism Board dari Singapura ke Pulau Pinang dan ke Phuket, Thailand serta kembali semula ke Singapura. - Foto Zubir Mohd Yunus

'Pelayaran halal'

Perasaan bergelojak apabila diberi peluang bercuti menaiki kapal pelayaran mewah berstatus elit, Genting Dream dari Singapura ke Phuket, Thailand.

Pelayaran bermula dari selatan tanah air selama empat hari, tiga malam ini pengalaman manis penulis menghabiskan percutian yang dicanang umpama ‘Genting Highlands dan taman tema air’ bergerak di lautan.

Kali pertama melihat Genting Dream buatan syarikat pembuat kapal persiaran, Meyer Werft yang berpangkalan di Papenbury, Jerman di depan mata ketika ia berlabuh di Jeti Marina, Singapura, saiznya seperti sebuah gedung beli-belah.

Tidak keterlaluan melabel Genting Dream yang memulakan pelayaran sulungnya pada November 2016 mempunyai saiz dua kali Pavilion Kuala Lumpur.

KAPAL mewah Dream Cruise berlabuh di Marina Bay Singapore. - Foto Zubir Mohd Yunus

Yang pasti, kapal persiaran seberat 150,695 tan metrik ini, menjadi pilihan ramai merealisasikan percutian gaya hidup baharu apabila segala keriangan, pengalaman beli-belah dan hiburan dinikmati sambil belayar.

Ia juga menyediakan aktiviti riadah dan taman tema air dengan lima gelongsor atau waterslide park apabila faktor ketakutannya berada di tahap maksimum.

Lebih istimewa, The Lido yang berada di dek 16 adalah restoran konsep bufet hidangan antarabangsa, namun turut menyediakan seksyen dan dapur halal.

Pelancong yang beragama Islam tidak perlu was-was apabila seksyen dan dapur halal di situ turut memperoleh sijil pengesahan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

PENJELAJAHAN dan percutian mewah menaiki kapal pelayaran/persiaran berstatus elit, Genting Dream oleh Genting Cruise Lines, POTO Travel & Tours dan Singapore Tourism Board dari Singapura ke Pulau Pinang dan ke Phuket, Thailand serta kembali semula ke Singapura. - Foto Zubir Mohd Yunus

PENJELAJAHAN dan percutian mewah menaiki kapal pelayaran/persiaran berstatus elit, Genting Dream oleh Genting Cruise Lines, POTO Travel & Tours dan Singapore Tourism Board dari Singapura ke Pulau Pinang dan ke Phuket, Thailand serta kembali semula ke Singapura. - Foto Zubir Mohd Yunus

Menu disediakan pula sangat istimewa apabila memenuhi cita rasa masakan kampung. Hidangan seperti ayam masak kicap, sambal sotong, telur masak lemak, kari ikan, udang tiga rasa, sayur kacang buncis dan kambing masak merah pasti membuka selera.

Tambahan pula rasa sajian berkenaan sangat sedap, hotel lima bintang pun kadang-kadang ‘terkucil’ dengan kelazatan ditampilkan restoran itu.

Cef Sous, Mohd Tahrim Minhad, 33, yang berasal dari Muar, Johor diberi tanggung jawab menyelia seksyen dan dapur halal.

Status halal sangat diberi keutamaan sehingga perkhidmatan membawa makanan dari dapur halal hingga ke dek 16 menggunakan lif halal sahaja.

Penulis bersama rombongan wartawan daripada pelbagai penerbitan dari Kuala Lumpur adalah kumpulan media pertama yang dibawa khas oleh Genting Cruise Lines (Genting Dream) dan POTO Travel & Tours menjelajah ke seluruh pelosok kapal persiaran itu.

ANTARA kemudahan yang boleh didapati di Genting Dream Cruise. - Foto Zubir Mohd Yunus

PENJELAJAHAN dan percutian mewah menaiki kapal pelayaran/persiaran berstatus elit, Genting Dream oleh Genting Cruise Lines, POTO Travel & Tours dan Singapore Tourism Board dari Singapura ke Pulau Pinang dan ke Phuket, Thailand serta kembali semula ke Singapura. - Foto Zubir Mohd Yunus

Kumpulan media juga diberi peluang melawat hingga ke bilik kawalan atau bridge yang mengemudi pelayaran Genting Dream apabila dek 15 itu turut menempatkan bilik rehat kapten diwartakan sebagai kawasan larangan.

Kami diberi taklimat ringkas mengenai pelayaran Genting Dream oleh Pegawai Satu, Carl Lundgren, 29, yang berasal dari Sweden.

Pengunjung, Noor Ain Effa Zuriani Anuar, 35, iaitu ejen Takaful syarikat insurans terkemuka diberi pelayaran percuma bersama Genting Dream selepas beliau berjaya mencapai sasaran jualan.

Katanya, ini adalah pengalaman kali pertama menaiki kapal pelayaran mewah dan tidak pernah terdetik dalam hidupnya berpeluang menyusuri tiga destinasi sekali gus Singapura, Pulau Pinang dan Phuket.

Percutian ini umpama mimpi indah menjadi kenyataan, sesuai dengan nama kapal, Genting Dream, merealisasikan impian seseorang.

“Saya rasa seolah-olah berada di Taman Tema Genting yang penuh dengan keriangan tanpa henti, tetapi ia belayar.

“Banyak aktiviti berkonsepkan kekeluargaan mahupun berkumpulan yang boleh kita lakukan sepanjang pelayaran, tiada istilah bosan.

ANTARA kemudahan yang boleh didapati di Genting Dream Cruise. - Foto Zubir Mohd Yunus

“Lebih istimewa, selain kolam renang dan jakuzi, turut disediakan lima gelongsor air dan saya berasa seolah-olah berada di taman tema air yang sedang bergerak,” katanya.

Beliau berkata, boleh mandi-manda dan bergembira di waterslide park dan tanpa disedari sudah sampai ke Pulau Pinang.

Selesai menonton persembahan secara langsung di Zodiac Theatre sebelah malam, tak sedar bangun pagi kapal berlabuh di Phuket.

Paling penting ialah kemudahan memperoleh makanan halal apabila seksyen dan dapur halal The Lido memperoleh sijil halal daripada JAKIM membuatkan kami sangat berselera menikmati sajian kampung yang disaji.

“Menerusi pelayaran patuh syariah seperti ini, saya pasti merancang untuk kembali ke Genting Dream bersama keluarga, Insya-Allah,” katanya.

PENJELAJAHAN dan percutian mewah menaiki kapal pelayaran/persiaran berstatus elit, Genting Dream oleh Genting Cruise Lines, POTO Travel & Tours dan Singapore Tourism Board dari Singapura ke Pulau Pinang dan ke Phuket, Thailand serta kembali semula ke Singapura. - Foto Zubir Mohd Yunus

FAKTA NOMBOR

  • 335 meter - Panjang kapal
  • 1,674 - bilangan bilik atau staterooms
  • 3,352 orang - Kapasiti penumpang
  • 18 dek - Bilangan lantai kapal.
  • INFO: Genting Dream

  • Jenama kapal pelayaran mewah diselia Genting Cruise Lines terdiri daripada Crystal Cruises, Dream Cruises dan Star Cruises
  • Pelayaran Dream Cruises terdiri daripada tiga jenis kapal iaitu Genting Dream, World Dream dan Explorer Dream
  • Menaiki Genting Dream dari Singapura bermula di Jeti Marina, seterusnya ke Jeti Swettenham (Pulau Pinang) dan berlabuh di Pantai Patong (Phuket, Thailand), lalu kembali ke Singapura
  • Pelayaran empat hari, tiga malam untuk musim puncak pertengahan dan penginapan Balcony Stateroom harga seorang ialah RM2,866 tidak termasuk cukai pelabuhan dan gratuiti.
  • 2318 dibaca
    Berita Harian X