Selasa, 30 Oktober 2018 | 12:16pm
PENIMBANG mudahkan pengembara anggar berat bagasi mengikut ketetapan syarikat penerbangan

Penimbang kawal pembelian ketika melancong

Penimbang berat bagasi antara peralatan perlu bagi melancarkan pengembara anda. Alat ini memudahkan anda menimbang setiap beg yang hendak dibawa, sama ada untuk bagasi tangan mahupun daftar masuk ke dalam kargo.

Kegunaannya bukan sahaja ketika anda hendak berlepas malah lebih penting ketika penerbangan pulang. Alat ini memberi petunjuk kepada anda hanya memuatkan barangan mengikut kadar berat yang ditetapkan syarikat penerbangan.

Leka membeli belah menyebabkan anda tidak boleh menganggarkan berat bagasi hingga menyukarkan proses pendaftaran di kaunter daftar masuk lapangan terbang. Ketika menimbang, pastikan bagasi yang hendak didaftar masuk kargo tidak melebihi berat ditetapkan.

Bersaiz poket ini mudah dibawa, kemudahan paparan LCD memaparkan berat dengan keupayaan menimbang pada kuantiti 10 kilogram (kg) hingga maksimum 40 kg.

Mudah didapati di semua rangkaian kedai serbaneka dijual pada harga RM20.90. Produk sama juga boleh anda peroleh menerusi platform pembelian atas talian Shopee pada harga RM8.90 setiap satu. Dapatkan tiga warga istimewa oren, hitam dan biru. Layari laman sesawan https://shopee.com/portable-electronic-scale untuk keterangan lanjut.

15 dibaca
Berita Harian X