Sabtu, 13 Julai 2019 | 6:03pm
PELAKON, Juliana Evans, berkongsi berita gembira dirinya bergelar seorang ibu menerusi Instagram beliau, hari ini. - Foto IG Juliana Evans

'Mily' nama puteri Juliana Evans

KUALA LUMPUR: Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah menjadi nama pilihan pasangan Juliana Evans dan suami, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah, buat puteri sulung mereka.

Juliana selamat melahirkan cahaya mata pertamanya itu pada jam 9.39 malam tadi.

Nama berkenaan dikongsi oleh abang ipar Juliana, Tengku Salehuddin Ismail Shah, menerusi laman Instagramnya (@tengkubib), kira-kira sejam yang lalu.


TENGKU Salehuddin Ismail Shah turut berkongsi nama dan wajah anak saudaranya di laman sosial beliau, sebentar tadi. - Foto IG Tengku Salehuddin Ismail Shah

Selain itu, pelakon filem Bella & Jamie turut mengumumkan perkhabaran gembira berkenaan menerusi perkongsian di Insta Story, enam jam lalu.

“Alhamdulillah, saya kini sudah bergelar seorang ibu,” kongsi Juliana secara ringkas.

Selain itu, foto yang dikongsi itu juga merakamkan wajah Juliana sedang tersenyum sambil memandang anak kesayangannya, yang dipanggil ‘Mily’, sedang tidur.

Juliana, 30, mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffuddin Shah pada April 2017.

Sebelum ini, pelakon berkenaan dan suaminya lebih selesa membiarkan jantina cahaya mata mereka itu menjadi kejutan.

Namun, Juliana pernah menyatakan kepada BH Online, dia teringin menimang seorang puteri dan kini, impian berkenaan nampaknya menjadi kenyataan.

Berita Harian X