Isnin, 1 Julai 2019 | 6:06pm
IZREEN selamat melahirkan anak lelaki hasil perkahwinan dengan Ude, Sabtu lalu. Foto IG Izreen Azminda

Izreen, Ude timang anak lelaki

KUALA LUMPUR: Pelakon Izreen Azminda selamat melahirkan anak lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu negara, Sabtu lalu.

Izreen atau nama penuhnya Izreen Azminda Aznam, 34, berkongsi berita gembira itu di laman sosial, Instagram, sebentar tadi.

Anak pertama hasil perkahwinan kedua dengan pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude itu diberi nama Aaron Ibrahim.

“Syukur Alhamdulillah... Semuanya berjalan dengan lancar dan baik sekali. Terima kasih bagi semua yang mendoakan saya dan bayi.

"Sabtu lalu iaitu 29 Julai 2019, anak saya Aaron Ibrahim dilahirkan pada jam 1.46 pagi,” kongsi Izreen ringkas.

Izreen, 34, dan Ude, 31, mendirikan rumah tangga pada 8 Ogos 2017 dalam satu majlis tertutup di Damansara.

Terdahulu, Izreen dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Adrian Umar, 6, hasil perkahwinan dengan jurukamera, Muhammad Riza.

Pasangan yang diijabkabulkan pada 2012 itu, bagaimanapun berpisah selepas dua tahun hidup bersama.

Sementara itu, Ude pula memiliki dua cahaya mata, Arish Muqri, 4, dan Ariq Muqri, hasil perkahwinan pertama dengan Intan Liana Saleh.

Berita Harian X