Ahad, 19 Mei 2019 | 3:38pm
Dynas berkongsi berita gembira kelahiran anak ketiganya di Instagram. - IG Dynas Mokhtar

Dynas sambut anak ketiga

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Dynas Mokhtar selamat melahirkan cahaya mata ketiga di sebuah pusat perubatan di sini, kelmarin.

Dynas atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 36, mengumumkan kelahiran bayi lelaki melalui Instagram, hari ini.

“Ketentuan Ilahi... Alhamdulillah. MasyaAllah, bayi lelaki untuk kami. Kami dalam keadaan baik,” katanya pada entri itu.

Entri yang disertakan tanda pagar #170519 menandakan tarikh kelahiran si kecil, turut memaparkan gambar genggaman tangan mereka bertiga.

Dynas mendirikan rumah tangga dengan pengusaha ladang ayam, Shazrik Din pada April tahun lalu selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas mempunyai dua anak iaitu Khayra Khalyssa, 8, dan Mohamed Haqaish, 6.

Sementara itu, ramai pengikut Instagram termasuk rakan selebriti seperti Nuorul Depp, Zahida Rafik, Fatahdhiya dan Elaine Daly melayangkan ucapan tahniah atas kelahiran bayi berkenaan.

2015 dibaca
Berita Harian X