Ahad, 19 Mei 2019 | 1:38pm
Neelofa berkongsi kesedihan kehilangan bapa saudaranya, Chef Selebriti Adamdidam yang meninggal dunia di kediaman ibu bapanya di Kota Bharu, Kelantan, pagi tadi. Foto IG Neelofa

Neelofa sedih kehilangan Adamdidam

KUALA LUMPUR: Neelofa berkongsi kesedihan kehilangan bapa saudara, chef selebriti, Adam Mahamed Ismail, 29, atau lebih dikenali sebagai Adamdidam yang meninggal dunia di kediaman ibu bapanya di Kota Bharu, Kelantan, pagi tadi.

Allahyarham yang pernah menyertai musim kedua program masakan terbitan TV3, Hero Oven, meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Berita menyedihkan itu dikongsi Neelofa melalui Insta Story di Instagram (IG).

“Awak akan sentiasa dalam doa dan ingatan kami”, katanya yang turut memuat naik gambar kenangan beramai-ramai pada zaman kanak-kanak bersama Allahyarham.

Allahyarham juga adalah bapa saudara personaliti cilik IG, Fatimah London.

5814 dibaca
Berita Harian X