Sabtu, 18 Mei 2019 | 2:19pm
PENYANYI, Ronnie Hussein. - Foto Aizuddin Saad

Ronnie timang anak kedua

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Ronnie Hussein, menimang cahaya mata kedua apabila isterinya, Hafizah Yahya, melahirkan seorang bayi lelaki, kelmarin.

Berkongsi berita gembira berkenaan di laman Instagramnya, semalam, Ronnie atau nama sebenarnya Shahron Hussien, 38, turut memuat naik gambar si kecil.

“Allahuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar! Alhamdulillah syukur kepada Allah, isteri saya @fizayahya81 selamat melahirkan seorang bayi lelaki, anak kedua kami petang tadi,” katanya.


RONNIE berkongsi gambar anak lelakinya di Instagram beliau, semalam.

Bekas vokalis Sunday dan Hyperact yang menyerlah menerusi lagu Dikoyak Waktu ini tidak ketinggalan melayangkan ucapan terima kasih buat peminat serta pengikut di laman sosial terbabit yang mendoakan kesejahteraan keluarganya.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan,” tulis Ronnie yang baru-baru ini muncul dengan single berjudul Sang Pemilik Hati ciptaan Aepul Roza.

1018 dibaca
Berita Harian X