Selasa, 26 March 2019 | 1:59pm
PENYANYI, Adira Suhaimi, berdepan dugaan besar apabila dua insan disayangi meninggal dalam tempoh seminggu. - Foto Halimaton Saadiah Sulaiman

Selepas bapa, nenek pula meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Belum pun seminggu Adira kehilangan bapa, penyanyi itu sekali lagi berdepan dugaan apabila neneknya pula meninggal dunia, hari ini.

Berita sedih itu dikongsi sendiri oleh Adira, 27, menerusi Instagram miliknya, sebentar tadi.

"Allahuakbar... Lepas satu-satu dugaan yang aku terima. Belum pun hilang kesedihan kehilangan Abah tersayang, datang lagi dugaan apabila mendapat khabar berita nenek kembali ke rahmatullah, sebentar tadi.

"Ya Allah... Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi dugaan-Mu ini," kata ibu kepada dua cahaya mata itu..

ADIRA berkongsi berita sedih kematian neneknya di laman sosial Instagram, kira-kira sejam lalu.

Usaha BH Online untuk menghubungi Adira bagaimanapun gagal.

Pembantu peribadi Adira yang dikenali sebagai Iena berkata, penyanyi Pujaan Hatiku itu sedang berduka dengan berita sedih diterimanya.

"Dia terlalu sedih dengan kehilangan bapa dan kemudian neneknya pula. Saya juga tak pasti sama ada dia akan pulang ke kampung (Sabah) atau tidak," katanya.

Pada 21 Mac lalu, bapa penyanyi itu, Suhaimi Rajiman, 57, meninggal dunia akibat kegagalan beberapa organ dalaman di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor. Jenazahnya dikebumikan di Kundasang, Sabah, 23 Mac.

Berita Harian X