Rabu, 20 Februari 2019 | 4:38pm
Menjaga sensitiviti dan sedar status isteri kedua, Zarina memilih tidak mendedahkan identiti suami kepada umum. Zarina sering berkongsi aktiviti dengan anak kembar, Azil dan Azal. Foto IG Zarina Zainuddin

'Jaga hati madu'

KUALA LUMPUR: Menjaga sensitiviti selain akur status isteri kedua, Zarina Zainuddin memilih untuk tidak mendedahkan identiti suami kepada umum.

Bahagia dengan empat anak hasil perkahwinan mereka, Zarina enggan mengambil kesempatan di atas kebaikan madunya, malah cukup selesa dengan hubungan terjalin antara keluarga.

“Saya tahu ramai bertanya di mana suami terutama apabila saya berdepan dengan gelagat anak kembar, Azal dan Azil yang mengalami autisme.

“Secara realiti, tidak ramai yang tahu suami saya sebenarnya lebih banyak berdepan ragam dan kerenah anak-anak... Cuma ia tidak dikongsikan kepada umum.


EVELYN Ng Yan Yi-Tan Jet Sin (tengah) dari Pahang muncul juara bergu perempuan bawah 16 tahun Dvisyen Tiga di Putrajaya, hari ini. Turut kelihatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria (dua dari kiri).

“Saya sedar kedudukan sebagai isteri kedua. Sehubungan itu, saya tidak mahu melanggar sensitiviti mana-mana pihak kerana tahu batas saya.

“Biarpun saya dan madu duduk bersebelahan, saya tidak mahu mengambil kesempatan dengan melakukan sesuatu yang boleh membuatkan sesiapa terasa,” katanya kepada BH Online.

Zarina bersyukur dia dan keluarga termasuk sebelah madu, saling membantu.

“Alhamdulillah, kami anak-beranak saling membantu. Bukan bersama ketika waktu senang saja, sebaliknya, ada ketika susah payah.

“Rezeki Allah ada di mana-mana, lebih baik dikongsi bersama yang tersayang,” katanya.

Tambah Zarina, perniagaan pulut kuning dan rendang yang diusahakan turut diurus anak-anak tiri dan madunya.

Zarina mengaku bukan mudah mengekalkan keharmonian hidup berpoligami dan sikap iri hati perlu dijauhkan bagi mengelak perkara tidak diingini.

Zarina dan suami dikurniakan empat cahaya mata iaitu pasangan kembar, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 23; Muhammad Naim Azraidan, 16, dan Muhammad Adam Azrai, 13.

5976 dibaca
Berita Harian X