Ahad, 2 Disember 2018 | 12:48pm
ELVINA dan suami menyambut kelahiran Karl Mateen, tengah hari semalam. Elvina melalui proses bersalin yang sangat mudah dan pantas. - Foto Ihsan Elvina Mohamad

Karl Mateen pilihan Elvina, suami

KUALA LUMPUR: Pelakon, Datin Elvina Mohamad selamat melahirkan anak lelaki seberat 2.9 kilogram pada jam 12.30 tengah hari, semalam.

Suami Elvina, usahawan dan selebriti sukan permotoran, Datuk Mohd Haniff Borhan, 32, memberitahu, mereka sepakat menamakan putera sulung yang dilahirkan secara normal itu, Karl Mateen.

“Alhamdulillah... Proses bersalin Elvina tidak mengambil masa lama. Isteri dimasukkan ke wad bersalin kerana bukaan mencatat dua sentimeter ketika diperiksa doktor, kelmarin.

“Berkat doa, semuanya lancar. Bayi dan ibu berada dalam keadaan sihat dan dijangka dibenarkan pulang, esok,” katanya kepada BH Online.

Haniff berkata, isterinya melalui proses bersalin yang sangat mudah.

“Elvina tidak mengambil Epidural atau sebarang ubat kerana proses bersalin berlaku terlalu cepat. Doktor beritahu, kes begini jarang terjadi malah sekali dalam 1,000 kes,” katanya.

Berkongsi mengenai pemilihan nama anak, Haniff berharap netizen tidak mempersoalkan atau menjadikan ia bahan jenaka.

“Saya pilih nama Karl kerana ia nama besar dalam bidang automotif manakala Mateen berasaskan 99 nama Allah.

“Jadi kami sepakat menamakan anak mengikut kombinasi itu,” katanya.

Haniff berkata, sejak Karl dalam perut isterinya lagi, dia sudah memanggil anaknya, Poroto.

“Ini kerana kami ingin anak berjaya seperti Poroto Cambiaso iaitu anak pemain polo terbaik dunia, Aldolfo Cambiaso,” katanya berkahwin dengan Elvina pada 18 Mac lalu.

1887 dibaca
Berita Harian X