Ahad, 4 November 2018 | 11:45pm
SYAFINAZ dan Aizat bersama protege yang akan bertanding pada Konsert Mentor 7. - NSTP/Nurul Syazana Rose Razman
BAKAL protege Syafinaz, Ranisha. - NSTP/Nurul Syazana Rose Razman
BAKAL protege Aizat, Faizul Ashraf. - NSTP/Nurul Syazana Rose Razman

Protege Syafinaz, Aizat diumum

SHAH ALAM: Dua protege masing-masing daripada kumpulan Datuk Syafinaz Selamat dan Aizat Amdan diumumkan finalis pada konsert minggu pertama, Mentor 7 di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini, malam tadi.

Protege Syafinaz yang terpilih adalah Ranisha atau nama penuhnya, Farranisha Shazwany Mohd Faizul, 18, dan Lazarul atau Lazarul Afiezy Zakaria, 28.

Protege Aizat pula Faizul Ashraf atau Faizul Ashraf Fauzi, 24, dan Megat atau Mohd Adzuan Mazlan, 25.

Peserta yang mengucapkan selamat tinggal adalah Faris Malek atau Mohd Faris Arif Malek, 26, iaitu protege kepada Aizat. Turut terhenti perjalanannya dalam program realiti itu adalah protege Syafinaz, Aznona atau Rasmawatie Mohd Thamrin, 23.


PROTEGE Aizat, Faizul Ashraf (kiri) dan Megat (tengah) yang dipilih pada minggu pertama Mentor 7. - NSTP/Nurul Syazana Rose Razman

BAKAL protege Syafinaz, Lazarul membuat persembahan pada minggu pertama Mentor 7 di Plaza Alam Sentral. - NSTP/Nurul Syazana Rose Razman

BAKAL protege Syafinaz, Aznona membuat persembahan pada minggu pertama Mentor 7 di Plaza Alam Sentral. - NSTP/Nurul Syazana Rose Razman

Persembahan dibahagikan kepada dua kumpulan dengan undian dibuka selepas semua protege membuat persembahan.

Permarkahan adaah berdasarkan penilaian juri tetap sebanyak 50 peratus, undian menerusi laman web www.xtra.com.my (30 peratus) dan juri awam (20 peratus).

Mentor 7 diterajui Nana Mahazan dan Shuk Sahar sebagai pengacara manakala Sarancak pula mengendalikan segmen di belakang tabir.

Minggu depan, dua lagi mentor, Siti Nordiana dan Hafiz Suip akan memilih dua peserta terbaik daripada tiga bakat baharu yang bersaing menjadi protege mereka.

1744 dibaca
Berita Harian X