Ahad, 9 September 2018 | 3:47pm
ANAK sulung Adira dan suami, Datuk Red iaitu Anggrek yang kini berusia setahun. - Foto Instagram Adira Suhaimi

Anggrek dapat adik

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Adira Suhaimi selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah hospital swasta di Sungai Buloh, Selangor, pada jam 10.21 pagi tadi.

Melalui entri yang dimuat naik di Instragram, penyanyi yang popular dengan lagu Ombak Rindu memaklumkan puteranya itu selamat dilahirkan dengan berat 3.8 kilogram.

Foto berkenaan memaparkan kad butiran kelahiran bayi yang antara lain membabitkan jantina, waktu bersalin dan berat badan.

Namun, Adira, 26, yang melahirkan bayi melalui pembedahan, enggan ditemubual berikutan keadaannya yang masih lemah.

Foto yang dimuat naik Adira kira-kira dua jam lalu itu mendapat lebih 19,000 tanda suka dan lebih 500 komen netizen sehingga jam 3.30 petang ini.

Sebelum ini, Adira yang mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red pada 3 Disember 2015, dikurniakan bayi perempuan diberi nama Anggrek, berusia setahun.

ADIRA berkongsi maklumat kelahiran bayi keduanya pada Instagram. Bayi lelaki seberat 3.8 kilogram itu dilahirkan pada jam 10.20 pagi tadi. - Foto Instagram Adira Suhaimi

Berita Harian X