Isnin, 20 Ogos 2018 | 8:33pm
BEKAS peserta program realiti, Akademi Fantasia (AF), Farhan Azizan

Farhan dapat puteri lagi

KUALA LUMPUR: Bekas peserta program realiti, Akademi Fantasia (AF), Farhan Azizan selamat melahirkan bayi kedua di sebuah hospital di Putrajaya, pada jam 5.40 petang tadi.

Bayi perempuan yang dilahirkan secara pembedahan itu seberat 2.7 kilogram.

Berita itu dikongsi Farhan dan suaminya, Ahmad Rashadan melalui aplikasi WhatsApp kepada BH Online.

“Alhamdulillah semuanya lancar... Saya dan anak stabil. Mengujakan dan nikmat terindah bergelar ibu untuk kali kedua,” katanya.

Enam jam sebelum bersalin, Farhan sempat memuat naik nombor bilik dan nama doktor bertugas di laman Instagram.

Melalui entri itu, Farhan meluahkan perasaannya melalui catatan berikut:

“Assalamualaikum, di sini saya ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap serta halalkan makan minum.

“Doakan semoga dipermudahkan urusan bersalin ini dan selamat.”

Farhan dan Ahmad bernikah pada 2014. Sebelum ini, mereka dikurniakan anak perempuan diberi nama Souffea Zulaeqha yang kini berusia setahun enam bulan.

Berita Harian X