Khamis, 12 Julai 2018 | 5:39pm
NORMAN Hakim mencium bayinya yang dilahirkan tengah hari tadi. - Foto Instagram Norman Hakim

Memey, Norman Hakim timang anak perempuan

KUALA LUMPUR: Pelakon, Memey Suhaiza selamat melahirkan bayi perempuan, yang juga anak ketiga hasil perkahwinan dengan Norman Hakim, kira-kira jam 12.52 tengah hari tadi.

Perkara itu dikongsi Norman menerusi akaun Instagramnya yang turut memaklumkan, kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat.

"Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak perempuan seberat 3.35 kilogram jam 12.52 tengah hari tadi.

"Terima kasih di atas doa kalian yang tidak putus-putus," tulisnya yang turut memuat naik foto sedang mencium puterinya itu.

Terdahulu, Norman sempat berkongsi Memey mula mengalami tanda awal untuk melahirkan bayi mereka dan memohon doa ramai supaya proses bersalin isterinya itu dilancarkan serta dipermudahkan.

"Isteri mula mengalami tanda awal bersalin sejak pagi tadi. Mungkin bayi ini mahu menunggu abangnya, Mohamed Danish Hakim yang belajar di Turki pulang ke tanah air sebelum dia melihat dunia," katanya.

Rata-rata netizen turut gembira dan meluahkan perasaan syukur atas kehadiran ahli baharu keluarga selebriti itu.

Memey dan Norman yang mendirikan rumah tangga enam tahun lalu sebelum ini, dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, 5, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 3.

65 dibaca
Berita Harian X