Khamis, 22 March 2018 | 10:10am

'Sampai sini saja jodoh kami'


INTAN Liana sah bercerai talak satu dengan Ude, hari ini. - Foto Rosdan Wahid

HULU KLANG : "Saya reda dengan takdir yang Allah tentukan, sampai sini saja jodoh kami."

Itulah ayat pertama diluahkan Intan Liana Saleh, 33, yang sah bercerai talak satu dengan bekas pemuzik bebas, Mohammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 30, hari ini.

Intan dalam nada sebak ketika ditemui media sebaik melangkah keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Taman Sri Keramat, di sini, berkongsi rasa sebaik perceraiannya disahkan.

Ude menfailkan penceraian pada November lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang iaitu Arish Muqri, 3, serta Ariq Muqri, 1.

November lalu, kontroversi tercetus apabila pelakon, Izreen Azminda mendedahkan sudah berkahwin dengan Ude secara tertutup pada 8 Ogos lalu. Pernikahan itu dirahsiakan atas permintaan Ude.

Izreen mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar yang berusia lima tahun hasil perkahwinan terdahulunya dengan jurukamera iaitu Muhammad Riza.

Intan diwakili oleh peguam syariah Suriany Awaludin.


INTAN Liana keluar dari kamar bicara selepas bercerai talak satu dengan Ude di Mahkamah Syariah Gombak Timur. - Foto Rosdan Wahid
UDE (kiri) sah bercerai talak satu dengan Intan Liana di Mahkamah Rendah Gombak Timur, jam 9.50 pagi, hari ini. - Foto NSTP
UDE dan anak bongsunya, Ariq Muqri, berusia setahun.
PELAKON, Izreen Azminda. - Foto Salhani Ibrahim
Berita Harian X