Ahad, 4 Februari 2018 | 1:35pm
PENYANYI, Nabila Razali ketika menghadiri Festival GegaRia Edisi Kedua anjuran Media Prima Berhad di padang A, Angsana Johor Bahru Mall. - Foto Syarafiq Abd Samad

Nabila terkilan ugutan nak kena tumbuk

JOHOR BAHRU: Penyanyi yang semakin mencipta nama menerusi lagu Pematah Hati, Nabil Razali, terkilan apabila dikatakan mencari publisiti murahan ketika menyanyikan lagu berkenaan sempena promosi Anugerah Juara Lagu (AJL) 32.

Nabila, 24, menerima ancaman oleh seorang pengguna media sosial yang ingin menumbuknya, lalu berhasrat membuat laporan polis rentetan ugutan yang diterima.

"Saya terkilan apabila ada yang meninggalkan komen hendak menumbuk saya kerana mencari publisiti murahan dengan menyanyi dalam transit aliran massa (MRT) minggu lalu ketika membuat promosi untuk AJL32.

NABILA Razali menunjukkan tutorial memakai hijab ketika Festival GegaRia Edisi Kedua anjuran Media Prima Berhad di padang A, Angsana Johor Bahru Mall. - Foto Asyraf Hamzah

"Saya menghormati peminat yang meluangkan masa untuk bergambar dan berjumpa saya, namun terkilan apabila ada yang mengugut hendak menumbuk saya pula. Media sosial seperti tiada batas apabila peminat sesuka hati membuat ancaman sedemikian.

"Sebagai selebriti, saya ada memuat naik status ingin membuat laporan polis kerana tidak mahu ugutan sebegitu berterusan. Kadang kala, pengguna media sosial memberikan komen tanpa berfikir," katanya kepada BH Online.

Nabila berkata demikian ketika ditemui pada festival GegaRia di Perkarangan Angsana Johor Bahru Mall bagi memberikan demonstrasi pemakaian tudung kepada peminat.

Penyanyi yang popular dengan panggilan 'Cumi Cumi' itu mula mendapat perhatian ramai apabila gimik dirinya dikecewakan oleh pelakon, Aedy Ashraf, untuk video muzik rasmi lagu popularnya menjadi viral.

end/...

Berita Harian X