Khamis, 4 Januari 2018 | 5:23pm
PELAKON Drama Sangat Bus Tour, Elvina Mohamad. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam
PELAKON Elvina Mohamad pada majlis rumah terbuka Aidilfitri MindOrder di Restoran Istana Bambu. - Foto Mahzir Mat Isa

Gambar peribadi tersebar, Elvina mohon maaf

KUALA LUMPUR: Pelakon baharu, Elvina Mohamad, memohon maaf seandainya gambar percutian beliau sempena menyambut tahun baharu, baru-baru ini, menyentuh sensitiviti mana-mana pihak selepas ia disebarkan individu tidak bertanggungjawab.

Elvina, 23, berkata, beliau mengambil pengajaran daripada kontroversi yang menimpanya dan berharap perkara sama tidak berulang kembali.

"Saya mengambil iktibar dengan penyebaran gambar bercuti bersama beberapa rakan di Langkawi, Kedah, sempena menyambut tahun baharu yang tersebar semalam. Ia sebenarnya adalah koleksi peribadi dan tidak sangka pula boleh terlepas ke tangan orang lain.

"Maafkan saya sekiranya ia melanggar sensitiviti mana-mana pihak. Tujuan percutian itu adalah sekadar bercuti menyambut tahun baharu bersama rakan rapat dan tidak lebih daripada itu.

"Saya akan lebih berhati-hati pada masa depan supaya perkara sama tidak berulang lagi. Saya tidak mahu dikenali kerana gosip sebegini, sebaliknya ingin fokus kepada perjalanan kerjaya dalam bidang lakonan," katanya kepada BH Online.

Terdahulu, beberapa keping gambar percutiannya bersama beberapa teman untuk menyambut tahun baharu 2018 di pulau peranginan terbabit tersebar secara meluas di beberapa blog gosip tempatan.

Dalam gambar terbabit, Elvina dan temannya mengenakan pakaian yang dianggap mencolok mata.


PELAKON, Norazlina Mohamad dikenali Elvina Mohamad yang hadir pada Sesi Tayangan Telemovie Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017 di E@Curve, Petaling Jaya. - Foto Nurul Shafina Jemenon

Dalam perkembangan terkini, Elvina kini sibuk menjalani penggambaran drama 30 episod berjudul Isteri Untuk Diiktiraf untuk saluran TV1.

Drama adaptasi novel itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Redza Rosli, Shiela Rosli, Janna Nick, Dayana Roza, Arash Mohd dan ramai lagi.

396 dibaca
Berita Harian X