Selasa, 1 Ogos 2017 | 2:25pm
SUAMI Anzalna berharap orang ramai menerima permohonan maaf isterinya kepada isteri Aliff Aziz.

Terimalah permohonan maaf Anzalna - Suami

KUALA LUMPUR: Suami Anzalna Nasir berharap orang ramai dapat menerima permohonan maaf isterinya kepada isteri Aliff Aziz dan menghentikan kecaman.

"Alhamdulillah...inilah kenyataan daripada isteri saya. Janganlah mencari kesalahan orang lain hanya untuk melemahkannya kerana kamu pun belum tentu lebih baik daripadanya.

"Akan selalu terlihat salah orang. Buat yang mengutuk, memerli lagi pula mengeji, semoga sentiasa dirahmati Allah SWT," luah Muhamad Hanif Mohamad Zaki, menerusi akaun Instagram miliknya, sebentar tadi.

Sebelum ini, pelakon jelita itu menerima kecaman hebat apabila membela adiknya, aktres Afifah Nasir, yang menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Aliff dan Bella Astillah.

Anzalna dalam komennya di laman Instagram menyebut Bella 'meroyan' selepas bersalin.

Rentetan kenyataan sinis yang diberikan terhadap isteri Aliff itu, Anzalna juga mengambil keputusan meletakkan akaun Instagramnya ke mod privasi gara-gara kecaman netizen.

Jumaat lalu, Aliff direman kerana disyaki memukul Bella di sebuah pusat hiburan di Cheras, petang Khamis lalu.

Aliff dibebaskan dengan jaminan polis, tengah hari Sabtu lalu.

Berita Harian X