Rabu, 12 Jun 2019 | 7:14am
Datuk Ahmad Yakob (tengah) turut meluangkan masa melawat Mustapha di HRPZ II. - Ihsan FB Ahmad Yakob

Mustapha Kamal dan isteri masuk hospital

KOTA BHARU: Pelakon Mustapha Kamal dan isterinya, Susan Manen dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRZPZ II) selepas mengalami demam, sejak Jumaat lalu.

Rakannya yang mahu dikenali sebagai Abe Azai, berkata pelakon berusia 57 tahun dan isterinya pulang menyambut Aidilfitri di negeri ini.

Katanya, bagaimanapun dia secara tiba-tiba mengalami muntah dan pening sebelum dikejarkan ke HRPZ II untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Mereka masih mendapat rawatan di hospital dan keadaan mereka masih lagi lemah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob turut meluangkan masa melawat Mustapha di HRPZ II yang dikongsikan di Facebook rasminya.

“Marilah kita sama-sama mendoakan kesihatan beliau agar pulih seperti biasa. Insya-Allah,” katanya.

4567 dibaca
Berita Harian X