Sabtu, 18 Mei 2019 | 12:07pm

Peminat bertuah berpeluang temui Blackpink di Manila

KUALA LUMPUR: Peminat kumpulan K-pop, Blackpink berpeluang bertemu artis kegemaran mereka di Manila, Filipina dengan menyertai peraduan Shopee x Blackpink Spend & Giveaway yang diadakan pada 16 hingga 21 Mei ini.

Platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, Shopee dalam satu kenyataan, berkata hanya dengan membeli sebarang produk Blackpink di YG Official di Shopee sesiapa saja berpeluang memenangi peluang ke Manila.

"Satu pembelian di YG Official membolehkan ada menyertai satu penyertaan dan contoh lainnya jika lima pembelian anda boleh menghantar lima penyertaan," katanya.

Shopee berkata, tiada sebarang had penyertaan untuk menyertai Shopee x Blackpink Spend & Giveaway.

“Jika anda yang bertuah dipilih ke Manila bertemu Blackpink, anda turut boleh membawa seorang rakan baik.

"Peminat yang terpilih akan ke Manila selama tiga hari dua malam bersama seorang rakan yang akan mempunyai sepasang pas VIP bertemu Blackpink.

"Peminat bertuah itu akan diberikan tiket penerbangan dan penginapan sepanjang berada di Manila.

“Hadiah lain yang menanti termasuk baju-T YG Official BLACKPINK Square Up dan album mini pertama YG Official BLACKPINK, Square Up," katanya.

Pemenang bertuah akan diumumkan pada 25 Mei menerusi e-mel.

Sementara itu, peminat boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menonton lintas langsung menerusi aplikasi Shopee (http://bit.ly/shopeelivestream) pada jam 4.30 petang esok yang menampilkan barangan eksklusif rasmi BLACKPINK dan persembahan khas oleh hos tetamu,” katanya.

Sepanjang 30 minit itu, Shopee akan memberikan baucer bernilai RM30 setiap satu yang boleh digunakan untuk membeli-belah di YG Official Store dan terhad kepada 50 orang saja.

335 dibaca
Berita Harian X