Khamis, 9 Mei 2019 | 6:33pm
Liza berkongsi berita pemergian bapa mentuanya melalui entri Instagram, pagi tadi. - Ihsan IG Liza Hanim

Bapa mentua Liza Hanim meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Anggota kumpulan Indigo, Mohamed Shahrin atau Shah kehilangan ayah tercinta, Mohamed Samsudin Tahir yang menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.15 malam tadi.

Berita menyedihkan itu dikongsi isterinya, iaitu penyanyi popular, Liza Hanim, melalui Instagramnya, awal pagi tadi.

“Bapa mentua saya, Mohamed Samsudin Haji Tahir menghembuskan nafas terakhir sebelum azan Maghrib, malam tadi, pada jam 7.15 malam.

“Mari kita sedekahkan al-Fatihah kepada beliau. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya,” katanya.

Sementara itu, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Datuk Haji Kamaruddin pada jam 8 pagi tadi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara, dua jam kemudian.

Liza atau nama sebenarnya, Haliza Hani Abd Halim berkahwin dengan Shah pada 2003 dan dikurniakan lima anak.

1491 dibaca
Berita Harian X