Isnin, 28 Januari 2019 | 9:57am
ALLAHYARHAM Norhissham Azmi. - ihsan FB Sham Deejay

Penyampai radio LangkawiFM meninggal dunia

LANGKAWI: Penyampai radio LangkawiFM, Norhissham Azmi, 47, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kampung Ayer Hangat, di sini, pagi ini.

Allahyarham yang lebih dikenali sebagai DJ Sham meninggal dunia akibat serangan jantung ketika bersiap ke setesen radio itu pada jam 5.50 pagi.

Isterinya, Sabrina Yaakob, 45, berkata Allahyarham meninggal dunia di sisi keluarga selepas mengadu sesak nafas.

“Sebelum ini arwah memang ada melakukan pemeriksaan doktor dan turut mengambil beberapa jenis ubat untuk rawatan kolesterol dan jantung.

“Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Bohor Merah, Mukim Ayer Hangat,” katanya ketika dihubungi di sini.

Selain isteri, Allahyarham turut meninggalkan lima orang anak.

Berita Harian X