Sabtu, 29 Disember 2018 | 6:00pm
ISMA mengumumkan pemergian bapanya di laman sosial, sebentar tadi.

Bapa Tomok, Isma meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Bapa kepada penyanyi, Tomok dan Isma, Ismail Salim, 62, menghembuskan nafas terakhir, hari ini, akibat strok.

Berita sedih itu dikongsi kedua-dua artis berkenaan di laman sosial mereka, kira-kira sejam lalu.

Menurut Isma, bapa mereka meninggal di kediaman keluarga di Alam Damai, Cheras, kira-kira jam 3 petang.


KENANGAN Isma bersama bapanya, Ismail Salim. - Foto ihsan Isma

“Sudah setahun sebenarnya bapa terlantar sakit. Sepanjang tempoh itu, kami lihat dia seorang yang kuat berdepan ujian.

“Kami reda dengan pemergian ayah. Semoga kami juga akan tabah dengan ujian ini,” katanya ketika dihubungi BH Online.

Ismail meninggalkan seorang isteri, enam anak dan 15 cucu.

Jenazah akan dikebumikan di Masjid Alam Damai, di sini petang ini.

2485 dibaca
Berita Harian X