Sabtu, 16 November 2019 | 11:21am
Andrew Hastie (kiri) dan James Paterson. Foto Agensi

China halang ahli Parlimen Australia sertai lawatan sambil belajar

MELBOURNE: Dua penggubal undang-undang Australia yang terkenal dengan kritikan terbuka terhadap pentadbiran China, mendakwa dilarang daripada mengunjungi negara itu bulan depan, susulan sikap keterbukaan mereka terhadap Parti Komunis China.

Dua ahli Parlimen dari Parti Konservatif, Andrew Hastie dan James Paterson, bakal menyertai lawatan sambil belajar anjuran China Matters, iaitu kumpulan pemikir berpangkalan di Australia.

China Matters menggambarkan mereka sebagai kumpulan yang cuba menerangkan mengenai dasar China.

“Kami sentiasa menunggu saat apabila Kerajaan China mula menyedari bahawa tiada ada yang perlu dibimbangkan daripada perbincangan secara jujur dan pertukaran fikiran,” kata Hastie dan Paterson dalam satu kenyataan bersama, semalam.

Sementara itu, China Matters dalam satu kenyataan berasingan berkata, Kedutaan China di Canberra memaklumkan mereka bahawa ketika ini, mereka tidak mengalu-alukan kedatangan Hastie dan Paterson untuk menyertai lawatan sambil belajar ke Beijing. - Reuters

Berita Harian X