Rabu, 21 Ogos 2019 | 10:52am
Kardinal Vatican, George Pell ketika meninggalkan Mahkamah Majistret Melbourne pada 6 Oktober 2017. Foto Reuters

Paderi Agung Australia gagal rayuan kes salah laku seks

MELBOURNE: Sebuah mahkamah di Australia hari ini, mengekalkan hukuman penjara ke atas bekas bendahari Kardinal Vatican, George Pell atas jenayah salah laku seks terhadap kanak-kanak.

Justeru, mahkamah sekali gus menolak rayuan yang dibuat pasukan perundangan Pell terhadap keputusan itu.

Keputusan itu menjadikan Pell sebagai ketua gereja Katolik tertinggi di dunia pernah disabitkan dengan jenayah salah laku seks ke atas kanak-kanak.

Dia dijatuhi hukuman enam tahun penjara Mac lalu selepas didapati bersalah ke atas lima tuduhan salah laku seks, membabitkan dua kanak-kanak lelaki berumur 13 tahun di Gereja St Patrick, ketika menjadi Paderi Agung Melbourne pada akhir 1990-an.

Dia layak untuk mendapatkan parol pada Oktober 2022, ketika berusia 81 tahun. - Reuters

Berita Harian X