Ahad, 18 Ogos 2019 | 10:35am
Keadaan dewan sebuah hotel yang mengadakan majlis pernikahan selepas berlaku letupan di Kabul, semalam. - Foto REUTERS

20 cedera letupan di majlis perkahwinan di Kabul

KABUL: Sekurang-kurangnya 20 cedera akibat letupan dalam satu majlis perkahwinan di dewan sebuah hotel di Kabul, semalam.

"Letupan #Kabul #Afghanistan di hotel ketika majlis perkahwinan, kira-kira 20 mangsa tiba ke hospital kami,” kata jurucakap sebuah hospital yang ditadbir pasukan perubatan Itali, di Kabul, menerusi Twitter.

Letupan berlaku ketika Amerika Syarikat (AS) dan Taliban dilaporkan bersiap sedia untuk menandatangani perjanjian bersama yang menyaksikan tentera AS akan dikeluar dari Afghanistan.


Antara mangsa yang cedera dibawa pegawai kesihatan ke hospital selepas seorang penyerang bunuh diri meletupkan dirinya di kalangan majlis perkahwinan di sebuah dewan perkahwinan di Kabul, Afghanistan, semalam. - Foto EPA

Jurucakap Menteri Dalam Negeri Afghanistan, Nasrat Rahimi, memberitahu letupan berlaku di barat Kabul ketika majlis pernikahan sedang berlangsung kira-kira jam 10.40 malam waktu tempatan.

Beliau berkongsi gambar di laman Facebook yang menunjukkan beberapa mangsa bergelimpangan di dewan hotel.

Setakat ini, belum ada pihak mengakui bertanggungjawab menyebabkan letupan berkenaan. - Reuters

Berita Harian X