Khamis, 15 Ogos 2019 | 3:58pm
PESAWAT Airbus Russia membawa lebih 230 penumpang terpaksa mendarat cemas di atas ladang jagung di pinggir Moscow. - Foto EPA

Pesawat Russia mendarat cemas di ladang jagung

MOSCOW: Pesawat Airbus Russia membawa lebih 230 penumpang terpaksa mendarat cemas di atas ladang jagung di pinggir Moscow hari ini, selepas dirempuh sekumpulan burung, kata pihak berkuasa.

Agensi pengangkutan udara Rosaviatsia dalam satu kenyataan berkata, Ural Airlines, A321 membawa 226 penumpang dan tujuh anak kapal, dalam penerbangan dari lapangan terbang Zhkovsky Moscow, ke Simferol Crimea.

Sekumpulan burung itu dikatakan merempuh sebaik saja pesawat berlepas, menyebabkan kerosakan pada enjin dan memaksa juruterbang membuat pendaratan cemas.

Menurut Rosaviatsia, pesawat itu mendarat di atas ladang jagung, kira-kira satu kilometer dari landasan, dengan keadaan enjin dimatikan dan tayar pesawat sempat dikeluarkan ketika mendarat.

Semua penumpang berjaya dikeluarkan daripada pesawat, dengan beberapa orang dibawa ke hospital manakala selebihnya kembali ke lapangan terbang.

Menurut kementerian kesihatan, 23 orang dimasukkan ke hospital, termasuk sembilan kanak-kanak tetapi tidak ada penumpang yang mengalami kecederaan teruk. - AFP

Berita Harian X