Ahad, 19 Mei 2019 | 10:53am

Gempa 6.8 magnitud gegar Pulau New Caledonia.

NOUMEA, New Caledonia: Gempa bumi berukuran 6.8 magnitud melanda kawasan Pasifik selatan, di timur New Caledonia, kata Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

USGS berkata, gegaran itu direkodkan berada pada jarak 179 kilometer ke timur Tadine, Pulau Loyalty pada kedalaman 14 kilometer.

Bagaimanapun, setakat ini tidak ada sebarang kerosakan, kematian atau amaran tsunami dikeluarkan berhubung bencana alam yang melanda pulau di bawah jajahan Perancis itu. - Reuters

121 dibaca
Berita Harian X