Isnin, 6 Mei 2019 | 8:49am
Adam Neat

Deejay popular, Adam Neat disahkan maut

SYDNEY: Deejay atau pengacara lagu warga Australia, Adam Neat, dilaporkan maut ketika sedang bercuti di Pulau Bali, Indonesia, selepas merempuh pintu kaca ketika cuba membantu rakannya, yang cedera.

“Dengan sedihnya kami ingin mengesahkan bahawa Adam Neat terbabit dalam kemalangan ketika cuba membantu rakannya yang cedera parah di Bali pada Sabtu lalu,” kata kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasminya, yang mempunyai lebih 900,000 pengikut.

Menurut laman webnya, Neat yang lebih dikenali sebagai Adam Sky, berpangkalan di Singapura dan pernah disenaraikan antara tiga deejay terbaik Asia.

Stesen penyiaran ABC melaporkan, Neat, 42, dipercayai mengalami cedera serius pada bahagian arteri tangannya, selepas merempuh pintu kaca ketika membantu rakannya yang jatuh dari balkoni di sebuah pusat peranginan, iaitu lokasi penginapan mereka. - AFP

1465 dibaca
Berita Harian X