Sabtu, 19 Januari 2019 | 4:02pm
Orang ramai menghadiri perjumpaan memberi penghormatan kepada pelajar Israel Aiia Maasarwe yang dibunuh di Melbourne. - Foto AFP

Lelaki didakwa bunuh pelajar Israel

SYDNEY: Polis Australia mendakwa seorang lelaki kerana membunuh seorang pelajar Israel, Aiia Maasarwe, tiga hari selepas mayatnya dijumpai di Melbourne.

Mangsa berusia 21 tahun diserang ketika sedang bercakap dengan kakaknya di telefon selepas waktu tengah malam ketika dalam perjalanan pulang selepas menonton program komedi.

Mayat mangsa ditemui di dalam semak berhampiran perhentian trem oleh pejalan kaki yang lalu di kawasan itu.

Polis Victoria yang menyifatkan serangan itu sebagai sesuatu yang ‘menakutkan’ menahan seorang lelaki berusia 20 tahun semalam di luar bandar Melbourne. Dia dihadapkan ke mahkamah hari ini.

“Beberapa penyiasat pembunuhan mendakwa lelaki itu dengan tuduhan membunuh susulan kematian Aiia Maasarwe,” kata polis dalam satu kenyataan.

Pendakwaan dibuat selepas siasatan menyeluruh dilakukan ke atas kematian Aiia berikutan penemuan mayatnya.

Maasarwe dibunuh selepas turun daripada trem berhampiran universiti tempat beliau menjalani pengajian pertukaran selama setahun. - AFP

1052 dibaca
Berita Harian X