Ahad, 23 Disember 2018 | 7:43am

Sembilan maut lombong potash terbakar

MOSCOW: Sembilan pekerja dikhuatiri maut dalam insiden kebakaran di lombong potash (kalium) di bandar Urals, Solikamsk, semalam.

“Asap dilihat muncul ketika kerja-kerja pembinaan dan pekerja berada di kawasan itu dipercayai sudah meninggal dunia,” kata satu kenyataan disiarkan suruhanjaya siasatan di daerah Perm, dekat sini.

Suruhanjaya berkata, lapan lagi pekerja yang juga melakukan kerja di bawah tanah berjaya diselamatkan tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, kumpulan Uralkali, selaku syarikat pengeluar potash utama di Russia berkata menerusi kenyataan bahawa sembilan pekerja yang hilang itu bekerja dengan syarikat subkontraktor.

Potash atau kalium adalah bahan penting digunakan untuk penghasilan baja. -AFP.

240 dibaca
Berita Harian X