Jumaat, 9 November 2018 | 11:00am
Gempa berlaku di kawasan terpencil sejauh 407 kilometer di timur Ittoqqortoormiit, Greenland. -Agensi

Gempa magnitud 6.8 gegar Greenland

NUUK: Satu gempa bumi kuat berkekuatan magnitud 6.8 menggegarkan kawasan luar pantai timur Greenland hari ini, kata Pusat Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa itu, pada mulanya dilaporkan direkodkan pada magnitud 7.1 berlaku jam 1.49 pagi waktu tempatan.

Pusat gempa terletak di kawasan terpencil sejauh 407 kilometer di timur Ittoqqortoormiit, Greenland.

Gempa itu cukup kuat untuk mencetuskan gelombang di Laut Greenland namun tidak dijangka mencetuskan tsunami di kawasan berpenghuni, kata Sistem Amaran Tsunami Amerika Syarikat. -Reuters

379 dibaca
Berita Harian X