Rabu, 6 November 2019 | 10:29pm
Johnson bercakap di luar kediamannya No 10 Downing Street bagi mengumumkan pilihan raya Britain pada 12 Disember ini. -Foto AFP

PM Britain umum pilihan raya awal 12 Disember, lancar kempen

LONDON: Pelancaran kempen pilihan raya Perdana Menteri Britain Boris Johnson dicemari peletakan jawatan seorang daripada menterinya, kesilapan mengenai mangsa kebakaran sebuah menara dan video lawan dikeluarkan partinya.

Johnson memanggil pilihan raya awal 12 Disember ini dalam cubaan memecahkan kebuntuan Brexit yang dikatakannya melumpuhkan Britain selama lebih tiga tahun dan mula melemahkan keyakinan ekonomi kelima terbesar dunia itu.

Pilihan raya awal itu dipersetujui Parlimen minggu lalu, menamatkan dua tahun perselisihan mendalam berhubung Brexit.

Namun hanya sejam selepas bertemu Ratu Elizabeth untuk permohonan membubarkan Parlimen dan secara rasmi memulakan kempen pilihan raya, menteri untuk Wales, Alun Cairns, meletak jawatan selepas dituduh menipu mengenai seorang pembantu yang didakwa mensabotaj perbicaraan rogol.

Pada permulaan kempen, parti Konservatif pimpinan Johnson berjaya mendahului berbanding Parti Buruh antara tujuh dan 17 peratus mata, walaupun peninjau memberi amaran model mereka semakin goyah di sebelah relau Brexit.

“Marilah kita selesaikan Brexit,” kata Johnson, 55, di luar kediaman rasminya Downing Street, menambah pemimpin Parti Buruh, Jeremy Corbyn akan membawa huru-hara dengan pungutan suara baharu berhubung keanggotaan Kesatuan Eropah (EU) dan kemerdekaan Scotland. -Reuters

Berita Harian X