Khamis, 24 Oktober 2019 | 6:43pm
Kesemua 39 mayat yang ditemui dalam sebuah trak di Grays, London adalah rakyat China. - Foto Reuters

39 mayat ditemui dalam trak adalah rakyat China

LONDON: Kesemua 39 mayat yang ditemui dalam sebuah trak di bahagian timur London adalah rakyat China, lapor ITV News hari ini, ketika polis sedang menyoal siasat pemandu kenderaan yang ditahan kerana disyaki membunuh.

Semalam pasukan paramedik dan polis menjumpai 39 mayat orang dewasa dan seorang remaja dalam sebuah trak di kawasan perindustrian di Grays di sini.

Setakat ini polis belum lagi mengenalpasti mangsa, tetapi ITV melaporkan semua mayat itu adalah rakyat China.

Pemandu trak, seorang lelaki berusia 25 tahun dari Ireland Utara ditahan untuk siasatan lanjut.

Sumber yang rapat dengan penyiasatan itu berkata, suspek dikenali sebagai Mo Robinson dari Portadown di wilayah Britain.

Saluran BBC melaporkan polis sudah menyerbu dua rumah di Ireland Utara sebahagian dalam siasatan itu.

Difahamkan trak terbabit tiba di pelabuhan di Essex, selatan England yang dalam perjalanan dari pelabuhan Zeebrugge di Bulgaria. - Reuters

Berita Harian X